Header Ads

MAJLIS PECAH TANAH SIMBOLIK BERMULA PEMBINAAN MASJID


KENYATAAN MEDIA
JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID

KG. SERI AMAN PUCHONG SELANGOR (JPMKSA)

PUCHONG 24 MEI 2014:  Penduduk di Kampung Seri Aman Puchong Selangor merayu bantuan derma/ sumbangan kewangan daripada orang-orang perseorangan, Syarikat Swasta, Badan Berkanun Kerajaan dan sebagainya bagi membiayai kos pembangunan kompleks masjid yang dianggarkan sebanyak RM9.5 juta kerana ketiadaan peruntukkan  diterima atau diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor semenjak kelulusan pembinaanya diberikan pada tahun 2009.

JPMKSA telah merayu dan memohon ke YAB Menteri Besar Selangor agar keutamaan diberikan dalam Bajet  Kerajaan Negeri yang dibentangkan pada setiap tahun. Namun sehingga kini tiada langsung peruntukkan yang diluluskan.



JPMKSA  sedia maklum keperluan penduduk, kerana itulah Pengerusi JPMKSA dan empat pengerusi surau serta wakil daripada JKKKK serta JKP dan sekolah berhampiran menubuhkan Jawatankuasa Pembinaan Masjid Kampung Seri Aman (JPMKSA) sejak September 2009.
Sebagai makluman juga, surau sedia ada yang digunakan bagi tujuan menunaikan Solat Jumaat dilihat  tidak mampu lagi untuk  menampung bilangan jemaah yang semakin  bertambah. Jika dilihat lokasi persekitaran   dalam lingkungan 3km  radius, terdapat sekurang-kurangnya  tiga (3) taman  perumahan iaitu Taman Puchong Tekali,  Taman Putra Prima dan  Taman Mas Sepang yang telah wujud lebih 10 tahun lamanya dan lima (5) buah kampung iaitu Kg Seri Aman, Kg Seri Aman Hilir, Kg Seri Aman Tengah, Kg Seri Aman  Luar dan Kg Seri Aman Bistari yang telah wujud lebih 30 tahun lamanya, namun tidak terdapat sebuah masjid atau pun tapak yang diwartakan kecuali tapak  di Kampung Seri Aman ini dan kesemua penduduk yang majoriti beragama Islam di lapan (8) kawasan ini amatlah mengharapkan dan menantikan  pembinaan masjid ini.

JPMKSA sehingga kini masih mengutip derma yang diberi kebenaran oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sehingga tempohnya tamat.

Namun isu ini perlu dibangkitkan berikutan usaha membina masjid itu terbantut berikutan dana tidak mencukupi walapun cadangan pembinaannya diluluskan lebih lima tahun lalu. Sehingga kini JPMKSA telah menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada pelbagai pihak dengan kos pembinaan masjid baru dianggarkan berjumlah RM9.5 juta.
Pihak JPMKSA amat mengharap dan mengalu-alukan sumbangan derma daripada semua pihak. Semoga dengan pembangunan masjid ini mampu untuk meyumbang  kepada penyatuan umat Islam di kalangan penduduk kampong dan seterusnya memartabatkan Islam itu sendiri ke arah melahirkan umat Islam yang  beriman dan beramal soleh.
Cek sumbangan anda boleh dialamatkan kepada kami atau deposit terus ke akaun kami:

Nama Bank
Malayan Banking Berhad
Alamat Bank
Pusat Perdagangan Puchong Prima
Jalan Prima 5/4, Taman Puchong Prima
47100 Puchong, Selangor Malaysia
Nama Akaun
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Kg. Seri Aman, Puchong
No. Akaun
5627 7721 0651
SWIFT Code
MBBEMYKL

Shahrudin Sapian
Pengerusi JPMKSA

24 Mei 2014 (sabtu)



























No comments

Powered by Blogger.