Header Ads

LATAR BELAKANG PROJEK

TUJUAN

Untuk memaklumkan tentang rancangan untuk membina dan menyiapkan sebuah kompleks masjid bagi kegunaan penduduk Islam setempat dan taman-taman perumahan sekeliling melakukan ibadat dan aktiviti keagamaan.

Untuk membuat rayuan derma/sumbangan kewangan daripada orang-orang perseorangan, Syarikat Swasta, Badan Berkanun Kerajaan dan sebagainya bagi membiayai kos pembangunan kompleks masjid yang dianggarkan sebanyak RM9.5 juta

LATARBELAKANG

Kg Seri Aman adalah sebuah kawasan yang merujuk kepada sebuah penempatan Kg Melayu di tepi Sungai Kelang. Terdapat sebanyak 6 buah kampung secara keseluruhannya di Batu 13 berhampiran dengan tepi Sungai Kelang ini iaitu Kampung Baru Seri Puchong, Kampung Seri Langkas, Kampung Seri Langkas Tambahan, Kampung Seri Aman, Kampung Tengah dan Kampung Kenangan. Diakhir tahun 60an terdapat satu peristiwa buruk dimana sebuah kapal korek dikawasan perlombongan di puchong telah terbalik, Ianya berlaku di Batu 13 yang mana sekarang dipanggil sebagai Puchong Permai.



Jabatan Agama Islam Selangor melalui rujuk Bil(103) dlm JAI.SEL.BPM/01/023 bertarikh 3 Ogos 2009 telah meluluskan permohonan untuk pembinaan masjid ini.

LOKASI MASJID


Jika dilihat lokasi persekitaran   dalam lingkungan 3km  radius, terdapat sekurang-kurangnya  tiga (3) taman  perumahan iaitu Taman Puchong Tekali,  Taman Putra Prima dan  Taman Mas Sepang yang telah wujud lebih 10 tahun lamanya dan lima (5) buah kampung iaitu Kg Seri Aman, Kg Seri Aman Hilir, Kg Seri Aman Tengah, Kg Seri Aman  Luar dan Kg Seri Aman Bistari yang telah wujud lebih 30 tahun lamanya, namun tidak terdapat sebuah masjid atau pun tapak yang diwartakan kecuali tapak  di Kampung Seri Aman ini dan kesemua penduduk yang majoriti beragama Islam di lapan (8) kawasan ini amatlah mengharapkan dan menantikan  pembinaan masjid ini. 

Tapak masjid terletak dalam lingkungan 7 kariah surau yang berhampiran, beberapa buah kampung serta taman-taman perumahan. Buat masa ini aktiviti Solat Jumaat di laksanakan di Surau Solat Jumaat Nurul Hidayah Kg Seri Aman Puchong Selangor.



REKABENTUK CADANGAN

Pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Kg Seri Aman dengan kerjasama Jururunding bertauliah yang dilantik HIA Architect Sdn Bhd yang beralamat di No. 5-G 7th Floor Block 1 Worldwide Business Centre Shah Alam Selangor telah bersetuju agar pembinaan masjid ini menerapkan ciri-ciri senibina tradisional dengan mengambilkira keperluan asas yang perlu ada bagi sebuah kompleks masjid yang digabungkan dengan ciri-ciri moden tanpa meminggirkan asas seni bina Islam.

Masjid yang akan dibina kelak diharap akan menjadi satu mercu tanda Islam yang boleh dibanggakan dan kekal dinamik sepanjang zaman. Semoga manfaat yang bakal diperolehi dapat diimarahkan bersama oleh kesemua penduduk kampung sesuai dengan kedudukan kampung ini yang diiktiraf sebagai Kg Melayu Tradisi.

DISKRIPSI PROJEK
  • Keluasan tapak masjid 2.7 ekar
  • Warta Tapak (Ruj. No. (13) dlm. PTD.P 11/55/2008)
  • Terletak di dalam kawasan kampong dengan majoriti penduduk beragama Islam
  • Berhampiran dengan taman-taman perumahan.
  • Tapak masjid dikelilingi oleh pokok-pokok dan bersebelahan tasik.
  • Ruang legar yang luas, sesuai untuk pelbagai aktiviti penduduk.
  • Melibatkan pembangunan 2 tingkat masjid (keluasan binaan melebihi 16,000 kaki persegi termasuk dewan solat utama, kelas pengajian, perpustakaan, ruang pejabat & rumah imam/ bilal serta beberapa kemudahan asas lain sebagai sebuah masjid.
  • 160+ ruang letak kereta.
  • Dilengkapi dengan teknologi moden komunikasi / internet/ wifi/ multimedia.
Kebenaran Merancang No. Rujukan: MPSJ.PB.260/36/310(25)

KOS PEMBANGUNAN
Bagi pembinaan dan penyiapan kompleks masjid, ianya memerlukan dana yang tinggi. Berdasarkan reka bentuk pilihan dan ciri-ciri moden kontemporari dan kawasan tapak pembinaan, anggaran kos pembangunan keseluruhan adalah kira-kira RM9.5 juta.

Alhamdulillah, Allah (SWT) memberkati usaha  kami untuk mendapatkan semua kelulusan yang diperlukan termasuk penyediaan tapak untuk tujuan pembinaan  dengan anggaran kos kira-kira RM300,000.

Kini pembangunan kompleks masjid  telah masuk ke fasa 2 iaitu pembinaan bangunan yang memerlukan  dana dalam anggaran sebanyak RM9.5 juta.

Bagi pihak penduduk Kg. Seri Aman kami amatlah mengharapkan sumbangan daripada pihak anda di dalam memastikan impian kami untuk mendirikan sebuah masjid di kampung kami ini suatu kenyataan.

SALURAN DERMA

Bagi pihak masyarakat Islam setempat di Kg Seri Aman Puchong Selangor, kami merayu agar pihak tuan dapat menghulurkan derma dan menyokong idea pembangunan kompleks masjid yang pertama dalam kampung kami ini. Cek sumbangan anda boleh dialamatkan kepada kami atau deposit terus ke akaun kami:

Nama Bank
Malayan Banking Berhad
Alamat Bank
H-01-10 & H-01-09, H-02-14 & H-02-13
Ground Floor & 1st Floor Block H
Pusat Perdagangan Puchong Prima
Jalan Prima 5/4, Taman Puchong Prima
47100 Puchong, Selangor Malaysia
Nama Akaun
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Kg. Seri Aman, Puchong
No. Akaun
5627 7721 0651
SWIFT Code
MBBEMYKL
Telephone/

Fax No
Manager +603-8068 1724
General Line +603-8061 0921/ +603-8061 7501/+603-8061 3496/  +603-8068 2754  Faxs No: +603-8060 2496


Setiap sumbangan adalah layak untuk menerima pelepasan cukai / potongan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967: No. Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.7392
Tempoh kuatkuasa: 01/04/2013 – 31/03/2016




Sebarang pertanyaan anda bolehlah berhubung terus dengan pihak kami di talian  +6019 224 1094 Haji Shahrudin Sapian (Pengerusi) / +6012 303 0296 Haji Nor Azmi Mat Nasir (Setiausaha)/ +6012 203 9600 Za’ba Yussof (Bendahari) .

Sekian Terima Kasih

Wassalam.

Yang Benar


Haji Shahrudin Sapian
(Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masjid)
Lantikan JAIS (Ruj No : (105) dlm. JAI.SEL. BPM/01/023)

GAMBAR SUASANA KETIKA SOLAT JUMAAT DI SURAU SOLAT JUMAAT NURUL HIDAYAH KG SERI AMAN PUCHONG SELANGOR









No comments

Powered by Blogger.